Saturday 17 March 2012

ORIGAMI MEMBANTU MOTOR HALUS KANAK-KANAK

Origami merupakan satu teknik lipatan samaada dengan menggunakan kain ataupun kertas. Ia merupakan satu hasil kerja tangan yang sangat teliti dan halus pada pandangan.
Origami merupakan satu kesenian melipat kertas yang dipercayai bermula semenjak kertas mula diperkenalkan pada abad pertama oleh di Cina pada 105 A.D. oleh seorang Cina dikasi yang bernama Ts’ai Lun.
Kertas yang diperbuat dari hancuran tumbuhan dan kain buruk membolehkan kertas dihasilkan dengan lebih mudah dan banyak. Contoh-contoh awal origami yang berasal daripada Cina adalah tongkang Cina dan kotak.
Pada abad ke enam, cara pembuatan kertas kemudiannya dibawa ke Sepanyol oleh orang-orang Arab; dan juga ke Jepun (610 A.D.) oleh seorang sami Buddha bernama Dokyo yang juga merupakan doktor peribadi Ratu Shotoku
Semenjak itu Origami menjadi popular di kalangan orang Jepun semenjak turun-temurun sehinggakan ke hari ini terutamanya dengan penghasilan kertas Jepun tempatan yang dipanggil Washi.


Origami merupakan satu kesenian melipat kertas oleh masyarakat Jepun. Perkataanori adalah bermaksud melipat manakala kami bermaksud kertas. Origami bermula di Jepun pada abad ke-17 dan semakin popular pada pertengahan tahun 1990-an. Origami terbentuk apabila sekeping kertas berbentuk segiempat sama dilipat menjadi sebuah bentuk yang lain.


Adakah adik-adik semua tahu bahawa origami sangat berkaitan dengan matematik? Contohya seperti gambar di atas. Apabila lipatan origami dibuka, kita dapat melihat pelbagai garisan pada permukaan kertas. Ini menunjukkan proses lipatan origami melibatkan konsep matematik seperti poligon, sudut, pepenjuru, simetri dan lain-lain. Selain itu, origami juga boleh membentuk pelbagai polihedra seperti kubus, oktahedron, dodekahedron dan sebagainya. Melalui origami yang terbentuk kita boleh mengenalpasti ciri-ciri yang terdapat padanya seperti sisi, bucu dan muka.
Aktiviti membentuk origami ini juga sesuai untuk dijalankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini dimana origami boleh dijadikan sebagai pemangkin untuk menarik minat pelajar dalam terus mempelajari dan menerokai ilmu matematik.
Origami boleh mengambil pelbagai jenis bentuk. Oleh itu, origami lebih kepada bidang geometri. Maka adik-adik bolehlah mencuba untuk membuat bentuk-bentuk origami seperti di bawah. Diharap adik-adik dapat mengenalpasti konsep matematik yang diaplikasikan dalam proses lipatan origami ini. Selamat mencuba. 






No comments:

Post a Comment