Saturday 24 March 2012

Penciptaan kraf tangan




kami sediakan video cara-cara untuk membuat kraf tangan. selamat menonton. kami harap anda semua akan terhibur dengan video yang kami sediakan ini.

Penciptaan kraf tangan

ini adalah cara-cara yang telah kami sediakan untuk pembelajaran kanak-kanak 

kebesaran ALLAH SWT di dunia.

Sesungguhnya ALLAH adalah pencipta yang agung,segala yang di perintahkan maka jadilah. sebai manusia dan hambanya,kita perlulah sentiasa mematui setiap kehendak-Nya walaupun mustahil dalam fikiran manusia akan tetapi tidak mustahil bagi ALLAH.

Thursday 22 March 2012

BAGAIMANA VIDEO DAPAT MEMBANTU PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

Video adalah teknologi untuk menangkap, merekam, memproses, mentransmisikan dan menata ulang gambar bergerak. Biasanya menggunakan film seluloid, sinyal elektronik, atau media digital. Video juga bisa dikatakan sebagai gabungan gambar-gambar mati yang dibaca berurutan dalam suatu waktu dengan kecepatan tertentu. Gambar-gambar yang digabung tersebut dinamakan frame dan kecepatan pembacaan gambar disebut dengan frame rate, dengan satuan fps (frame per second). Karena dimainkan dalam kecepatan yang tinggi maka tercipta ilusi gerak yang halus, semakin besar nilai frame rate maka akan semakin halus pergerakan yang ditampilkan.

Dengan penggunaan video ia dapat membantu perkembangan kognitif kanak-kanak kerana video merupakan satu ABM yang mampu menarik minat kanak-kanak didalam kelas. disini saya menyediakan satu contoh video yang menceritakan tentang kekuasaan dan kebesaran Allah.





Saturday 17 March 2012

ORIGAMI MEMBANTU MOTOR HALUS KANAK-KANAK

Origami merupakan satu teknik lipatan samaada dengan menggunakan kain ataupun kertas. Ia merupakan satu hasil kerja tangan yang sangat teliti dan halus pada pandangan.
Origami merupakan satu kesenian melipat kertas yang dipercayai bermula semenjak kertas mula diperkenalkan pada abad pertama oleh di Cina pada 105 A.D. oleh seorang Cina dikasi yang bernama Ts’ai Lun.
Kertas yang diperbuat dari hancuran tumbuhan dan kain buruk membolehkan kertas dihasilkan dengan lebih mudah dan banyak. Contoh-contoh awal origami yang berasal daripada Cina adalah tongkang Cina dan kotak.
Pada abad ke enam, cara pembuatan kertas kemudiannya dibawa ke Sepanyol oleh orang-orang Arab; dan juga ke Jepun (610 A.D.) oleh seorang sami Buddha bernama Dokyo yang juga merupakan doktor peribadi Ratu Shotoku
Semenjak itu Origami menjadi popular di kalangan orang Jepun semenjak turun-temurun sehinggakan ke hari ini terutamanya dengan penghasilan kertas Jepun tempatan yang dipanggil Washi.


Origami merupakan satu kesenian melipat kertas oleh masyarakat Jepun. Perkataanori adalah bermaksud melipat manakala kami bermaksud kertas. Origami bermula di Jepun pada abad ke-17 dan semakin popular pada pertengahan tahun 1990-an. Origami terbentuk apabila sekeping kertas berbentuk segiempat sama dilipat menjadi sebuah bentuk yang lain.


Adakah adik-adik semua tahu bahawa origami sangat berkaitan dengan matematik? Contohya seperti gambar di atas. Apabila lipatan origami dibuka, kita dapat melihat pelbagai garisan pada permukaan kertas. Ini menunjukkan proses lipatan origami melibatkan konsep matematik seperti poligon, sudut, pepenjuru, simetri dan lain-lain. Selain itu, origami juga boleh membentuk pelbagai polihedra seperti kubus, oktahedron, dodekahedron dan sebagainya. Melalui origami yang terbentuk kita boleh mengenalpasti ciri-ciri yang terdapat padanya seperti sisi, bucu dan muka.
Aktiviti membentuk origami ini juga sesuai untuk dijalankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini dimana origami boleh dijadikan sebagai pemangkin untuk menarik minat pelajar dalam terus mempelajari dan menerokai ilmu matematik.
Origami boleh mengambil pelbagai jenis bentuk. Oleh itu, origami lebih kepada bidang geometri. Maka adik-adik bolehlah mencuba untuk membuat bentuk-bentuk origami seperti di bawah. Diharap adik-adik dapat mengenalpasti konsep matematik yang diaplikasikan dalam proses lipatan origami ini. Selamat mencuba.